


Inilah foto-foto semasa di kami sekeluarga pulang ke Kampung Talang Tengah, Kuala Kangsar, Perak (rumah mertua saya). Untuk makluman keluarga isteri saya sememangnya ramai (12 adik beradik, mertua pula mempunyai lebih 50 cucu dan beberapa cicit). Boleh dikatakan hampir setiap tahun keluarga besar ini akan mengadakan korban dan kenduri. Beginilah suasana bila anak-anak dan cucu berkumpul (tak semua pulang). (sila klik gambar untuk lebih besar)
















