Tuesday, December 11, 2007

Cuti2 bersama keluarga di Titi Hayun


Pada 7 hingga 9 hb Disember kami sekeluarga bersama-sama menyertai Kem Remaja JIM dalam Xpedisi Gunung Jerai. Walaubagaimanapun hanya Muhammad Danial dan Ain Sofiyyah sahaja yang mendaki manakala saya dan isteri membantu untuk memasak bagi para fasilitator. Tahniah kepada anak2 yang berjaya mendaki walaupun Ain hanya 3/4 sahaja, tetapi Muhammad sampai ke kemuncak dan merupakan peserta termuda kerana program ini untuk 13 tahun ke atas sahaja.
Malam kemuncak ialah ceramah daripada Ustaz Abdullah Khairi yang berjaya mengubah sedikit sebanyak peribadi anak2. Alhamdulillah. Terimakasih kepada semua fasi dan Pengarah Program, Mejar Zaidi.

No comments: