Sunday, November 1, 2009

Buku terbaru saya "Himpunan Kisah Daripada Al-Quran"


Assalaamulaikum, lama tak update, nak habaq la buku terbaru saya akan terbit tak lama lagi. Selepas buku "Kisah 25 Nabi dan Rasul" dan 'Tetak" inilah buku ketiga saya. Kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ketiga ni adalah merupakan cerita yang dipetik daripada Al-Quran dan di sulami pula ilustrasi menarik (bodek sendiri nampak). Kepada yang berminat bolehla dapatkan di kedai buku berhampiran atau kontekla saya ataupun penerbit Sarjana Media (03-41497624). Selepas ni tunggula pulak buku keempat saya yang masih dok dalam proses "Himpunan Kisah-Kisah Teladan Popular".

Monday, June 29, 2009

Kisah 25 Rasul - Buku Terbaru Saya


Alhamdulillah, buku terbaru saya bertajuk Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik telah selamat diterbitkan. Sambutan dari kedai-kedai buku agak menggalakkan dimana dalam masa 2 bulan ini sudah masuk cetakan kedua. Buku akan datang akan terbit pula 2 lagi tajuk iaitu Himpunan Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Himpunan Kisah Teladan Paling Popular.

Hari Keluarga di Teluk Senangin







Assalamualaikum, maaf lama tak update. Pada hari Sabtu 6 Jun lalu kami sekeluarga menghadiri hari keluarga sebelah isteri tercinta. Program yang pertama kali diadakan ini bertemakan Rehlah Usrah, di adakan di Chalet Pak Ya, Teluk Senangin selama 2 hari satu malam. Kehadiran ahli keluarga agak menggalakkan lebih kurang 60 orang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti tazkirah, persembahan keluarga, kuiz dan bina istana pasir untuk anak-anak dan lain-lain lagi. Alhamdulillah daripada suasana ceria yang kelihatan dalam program tersebut terserlah ikatan ukhuwwah yang erat dikalangan ahli keluarga. Insyaallah program ini akan dijadikan program tahunan keluarga kami.. tahniah kepada mereka yang bertanggungjawab menjayakannya.