





Assalamualaikum, maaf lama tak update. Pada hari Sabtu 6 Jun lalu kami sekeluarga menghadiri hari keluarga sebelah isteri tercinta. Program yang pertama kali diadakan ini bertemakan Rehlah Usrah, di adakan di Chalet Pak Ya, Teluk Senangin selama 2 hari satu malam. Kehadiran ahli keluarga agak menggalakkan lebih kurang 60 orang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti tazkirah, persembahan keluarga, kuiz dan bina istana pasir untuk anak-anak dan lain-lain lagi. Alhamdulillah daripada suasana ceria yang kelihatan dalam program tersebut terserlah ikatan ukhuwwah yang erat dikalangan ahli keluarga. Insyaallah program ini akan dijadikan program tahunan keluarga kami.. tahniah kepada mereka yang bertanggungjawab menjayakannya.

No comments:
Post a Comment